kemahiran bertutur

Pengenalan;

Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan  atau istilah yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Maksudnya, kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.  Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi bahawa kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan  aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.  Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar,  pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu. Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Activiti Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur