Header Slideshow

This is a bridge
This bridge is very long
On the road again
This slideshow uses a JQuery script adapted from Pixedelic

Perancangan

  1. e-Kajian
  2. e-aplikasi
  3. Penambahbaikan

e-kajian

1. Staff

2.Pelajar

3. Pusat Kecemrlangan Peribumi

4. Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu

Hal Ehwal Pelajar

1. Kehadiran Pelajar

2. Aktiviti JPP

3. Aktiviti Mentor mentee

4. Penempatan Pelajar

Kecemerlangan dalam akademik, ko-kurikulum.
next
prev

Pengumuman

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

 

Terbang rendah burung tempua

Hinggap berdua di dahan ara

Hidangan di meja sudah tersedia

Dijemput tuan menjamu selera

 

Jejaran mengkudu berbias kesuma

Di celah angsana di Tanah Jawa

Ucapan Aluan pembuka bicara

Di dewan Gemilang kita bersua

 

Pergi berhuma di Tanjung Rokan

Sebelum pulang mengail ikan

Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan

Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

 

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Penyampaian hadiah selesai sudah

Persembahan pelajar menyusul pula

 

MAKLUMAN TERKINI

 

Akademik

Jadual Peperiksaan

 

Maklumat Umum

 

Latar belakang

Kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di KM 10, Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini.

Kini pentadbiran maktab ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah serta 10 orang Ketua Jabatan yang diwujudkan bagi tujuan pengurusan akademik dan hal ehwal guru pelatih. Pentadbiran maktab juga turut disokong oleh kumpulan staf bukan akademik.   

                Pada 17 Oktober 2002, maktab ini sekali lagi telah mencatat sejarah kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perasmian kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis , Pahang.  

                Pada 6 Mei 2006, maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai institut perguruan dan dikenali sebagai Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Mulai 25 Ogos 2008 selaras dengan perkembangan pendidikan dan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, sekali lagi institut perguruan dinaik taraf dan dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). 

                IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis kini mempunyai lebih kurang 1900 orang pelatih (sama ada sepenuh masa mahu pun separuh masa). IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan  melaksanakan lebih 15 kursus yang melibatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Pengajian Ijazah 4 Tahun (PPPRPET), Kursus Pergurusan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Latihan Guru Bestari dan Program Kursus dalam Cuti (KDC dan LPBS-KPLI). 

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis mempunyai 11 Jabatan iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Bahasa, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Perguruan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Jasmani dan   Kesihatan. Selain itu, terdapat 4 unit utama iaitu Unit Penilaian dan Peperiksaan, Unit Praktikum, Unit Perkhidmatan, dan Pusat Sumber. 

                IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, sentiasa bersedia melaksanakan dan mematuhi segala arahan dan bertanggungjawab terhadap agensi induk. Misi dan Visi IPG  Kampus Tengku Ampuan Afzan adalah selaras dengan Misi dan Visi IPG.

e-aplikasi

  1. e-aplikasi
  2. Laporan
  3. e-borang
  4. tabs4
  5. tabs5
ksadksk
tab2
tab3
tab4
tab5
next
prev

Login Form

Pelawat

107630
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
9
13
129
7251
897
1561
107630

Your IP: 23.20.50.146
2017-07-21 22:41
HAK CIPTA © 2017 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis Pahang, Tel: 09-312300 Fax: 09-3125002

Please publish modules in offcanvas position.