JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Login Form

Pengumuman

Cuti hari raya Cina bermula 26 Januari hingga 3 Februari 2017.  IPG buka semula 6 Februari 2017.

16-20 Januari penggubalan kerja kursus peringakat jabatan. JPM memohon semua pensyarah menyiapkan soalan tugasan untuk semua pelajar JPM selewat-lewatnya 20 hb Januari bagi pelajar yang memulakan praktikum selepas hari raya Cina. Manakala soalan tugasan untuk pelajar yang tidak terlibat dengan praktikum akan mula diedarkan 10 Februari 2017.

Setiap orang pensyarah JPM menlayu dipohon melengkapkan semua dokumen melibatkan ISO untuk persiapan audit 2017. Pengauditoran  dijangka semester Mei dijangka diadakan selepas hari raya Cina (6-10 Februari,).

 Berita di Kuala Lipis

23 Januari 2017 - Harapan Pihak JPM IPGKTAA  kepada semua siswa guru agar sentiasa merancang perjalanan pulang sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Ini berikutan peningkatan paras air di sungai-sungai berhampiran. Hujan yang turun semenjak dua hari leps telah meningkatkan paras air namun keadaan masih terkawal. Siswa pelatih juga dipesan agar sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bercuti di kampung halaman agar tiada berlaku kejadian yang tidak diingini. Dalam majlis Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Tuan Pengarah berpesan agar siswa pendidik sentiasa berwaspada.

Pelawat

104814
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7
7
118
4557
575
901
104814

Your IP: 23.20.50.146
2017-07-21 22:40

JPM

VISI
Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu

 

MISI
Melahirkan warga pendidik bahasa Melayu yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru bahasa Melayu yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

 

MOTO

“Berilmu, mendidik dan memartabat bahasa Melayu”

 

OBJEKTIF 

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang mampu melahirkan pendidik yang :

 

  • berilmu dalam aspek pedagogi bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menjadi pendidik yang berkesan;
  • menguasai aspek komunikasi yang berkesan;
  • berkemahiran memilih, menyusun, dan mengurus sesuatu rancangan pengajaran bertujuan untuk menghasilkan pencapaian yang optimum dan berkesan;
  • menikmati, menghayati dan menghargai nilai-nilai keindahan bahasa dalam karya sastera bahasa Melayu;
  • memahami, mengamalkan dan memartabatkan budaya Melayu dalam kalangan pensyarah dan pelajar opsyen Pengajian Melayu;
  • kreatif dan berinovasi dalam membudayakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berintegrasikan teknologi yang terkini.
© 2015 JPM, IPGKTAA. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

Please publish modules in offcanvas position.