English French German Italian Portuguese Russian Spanish
DESIGNED BY OLWEBDESIGN

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Print
Category: Jabatan
Published Date
Written by Administrator Hits: 3767

Jabatan Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan

Pengenalan

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah subjek yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan sama ada dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) , Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan - OUM serta Program Guru Sekolah Rendah ( PGSR ). Kurikulum yang terdapat dalam subjek ini bertujuan melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran terkini tentang proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini sebagai bekalan mereka ketika berada di sekolah nanti. Di antara pengisian yang terdapat dalam subjek ini adalah pedagogi pendidikan jasmani dan kesihatan, kecergasan fizikal, program senaman, gaya hidup sihat, Anatomi & Fisiologi dan isu-isu berkaitan dengan pendidikan jasmani serta kesihatan. Guru pelatih didedahkan dengan pengetahuan secara teori dan amali menggunakan kemudahan multimedia dan ICT.

Terdapat 3 unit di jabatan ini iaitu

- Unit Pendidikan Jasmani,

- Unit Sains Sukan

- Unit Kecergasan.

 

 

Objektif

•  Melengkapkan diri guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesional

•  keguruan.

•  Membantu pihak pentadbir untuk mencapai visi dan misi IPTAA

•  Meningkatkan kesedaran guru pelatih untuk menguasaikemahiran pedagogi melalui

•  penggunaan internet dan multimedia sebagai sumber untuk melaksanakan pengajaran dan

•  pembelajaran PJK dalam usaha melahirkan guru PJK yang berketerampilan, kreatif dan

•  inovatif.

 

VISI

Menjadikan sebuah jabatan yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ), di samping sentiasa melahirkan guru- guru pelatih yang cemerlang di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

 

MISI

Melahirkan guru- guru pelatih yang berilmu, berpengetahuan serta dapat mengaplikasikannya.

Mencungkil bakat- bakat sedia ada guru pelatih serta memberi peluang untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memupuk kebolehan diri.

Memastikan peluang- peluang untuk belajar dengan penuh keselesaan dan keseronokan. 

Berita Terkini

Tue
Apr
21
2015
Fauzi . 21 April 2015
Makluman kepada Pelajar PPG Sem 8 . Sila download nama penyelia internship sem 8 dalam portal PPG, atau kelik muat turun dan klik bahan PPG
Tue
Apr
21
2015
Fauzi . 21 April 2015
Makluman kepada bakal graduan PISMP yang akan menghadiri konvokesyen Kali Ke-5 di IPG Kampus Bahasa Melayu pada 7-11 Jun 2015, sila klik pautan Portal Konvokesyen.
Mon
Apr
20
2015
Unit Pentadbiran . 20 April 2015
Semua staf akademik dan staf bukan akademik boleh download pelbagai borang IPGKTAA melalui website rasmi IPGKTAA. Klik Download > Unit pentadbiran > Borang Am.
Sat
Apr
04
2015
Fauzi . 04 April 2015
Makluman kepada semua  pelajar PPG sila muat turun surat taklimat dan peperiksaan UAK. Sila klik MUAT TURUN . 
Thu
Mar
26
2015
Fauzi . 26 March 2015
MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE-5 Tarikh Konvokesyen : 8- 13 Jun 2015 (Isnin - Sabtu) Tarikh Pendaftar      : 6-11 Jun 2015 ( Sabtu- Khamis) Tempat                    : IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Untuk mendapat maklumat jadual sepenuhnya sila klik muat turun  .
Sun
Mar
22
2015
ahmadsalim . 22 March 2015
Seminar Penyelidikan Tindakan Fasa 1 PPG ambilan Jun 2011 akan diadakan pada 1-3 April 2015. Semua pelajar boleh memuat turun surat melalui laman ini mulai 25 Mac 2015. Harap maklum.
Fri
Mar
20
2015
Fauzi . 20 March 2015
Perhimpunan rasmi pelajar akan diadakan pada 23 Mac 2015. Semua pelajar diwajibkan hadir perhimpunan rasmi ini di Dewan Darul Makmur pada pukul 7.45 pagi. Pohon kerjasama Jawatankuasa Upacara Khas Institut (JKUKI) dan juga  barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP ) sesi 2015/2016.
Wed
Mar
11
2015
Fauzi . 11 March 2015
MAKLUMAN KPD PELAJAR KEMAS (KDC) & TENAGA PENGAJAR KDC  Pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat bolehlah muat turun jadual waktu dengan klik > downloads > klik Portal KDC dan cari maklumat jwkemas11mac15, jwkemas12mac15 dan jwkemas13mac15. Harap maklum.
Tue
Mar
10
2015
Fauzi . 10 March 2015
Makluman kepada pelajar KEMAS dan DPLI Jqaf Sila muat turun surat panggilan dan jadual interaksi semasa cuti Mac 2015. >Klik Download>klik portal KDC. Harap maklum
Fri
Jan
30
2015
Fauzi . 30 January 2015
IPGKTAA mengucapkan tahniah kepada semua bekas pelatih IPGKTAA ambilan Januari 2011 kerana ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu Jabata Penyelidikan, inovasi profesionalisme Keguruan (JPIPK) IPGKTAA mengingat semua pelajar agar menyerahkan borang soal selidik LAM PUP04-02 kepada  Guru Besar ( pihak sekolah) dan mengembalikan keratan borang kepada Jabatan PIPK secepat mungkin untuk tindakan pihak kami selanjut. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih. Sebarang masalah sila hubungi Tn Hj Mohd Sahardi b Ismail.     Jabatan Penyelidikan Inovasi & Profesionalisme, Keguruan IPGKTAA Kuala Lipis.
landscapelandscapelandscapelandscapelandscapelandscape

CALENDAR

April 2015
Mo Tu We Th Fr Sa Su
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Search in QRZ.COM

Created by PA4RM

Muatiara Kata

Other Articles

Visitors Counter

1490238
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2351
2513
19575
1459187
46608
42320
1490238

Your IP: 54.147.250.33
Server Time: 2015-04-27 12:02:40
Copyright © 2015 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Template designed by olwebdesign.